Most Read
Rais Yasin masih Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid
#politik #umno #ahmadzahidhamidi #raisyasinKak Ijat kembali dalam UMNO, dilantik ahli MKT
Hajat Pejuang tak kesampaian, permohonan sertai PN ditolak
UMNO perlu main naratif ingin berubah selepas dilanda penyakit kronik
Keputusan Pemilihan UMNO kukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan - Anwar
#anwaribrahim #politik #pemilihanumno #kerajaanJawatan peringkat bahagian, MKT UMNO dilanjut tempoh 5 tahun – Ahmad Maslan
UMNO alami perubahan, 54 muka baharu dipilih Ketua Bahagian
#umno #politik #pemilihanumno #perubahan #ketuabahagianFakhruddin Ariff dipilih Ketua UMNO Bahagian Pekan
Wan Rosdy, Khaled, Johari menang jawatan Naib Presiden UMNO
#politik #umno #wanrosdy #joharighani #khalednordinMenang tanpa bertanding, Ahmad Zahid kekal Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk
#ahmadzahid #umno #pemilihanumno #presidenumnoPolitik
Published: Mar 14, 2023 12:03 pm . Updated:3:58 pm
KUALA LUMPUR 14 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang dia tidak menggunakan jawatannya untuk masuk campur urusan perundangan terhadap mana-mana individu yang didakwa di mahkamah.
Malah, Ahli Parlimen Tambun itu juga menggesa mana-mana pihak memberikan bukti jika berlaku dan jika tiada, itu adalah fitnah tertentu yang dibuat kepadanya.
"Jangan hukum orang tanpa bukti, kalau ada tindakan jangan hukum saya guna ayat al-Quran. Katakan saya zalim dan campur tangan, sebelah sana boleh jerit sesuka hati tapi kena ingat adakah kamu yakin ada bukti bahawa Anwar campur tangan untuk mendakwa sesiapa.
"Kalau tidak zalim jawabnya, guna mana agama dan fitnah orang sebut nama saya, saya tidak campur tangan, boleh tanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Peguam Negara malah arahan kepada mereka saya kata apa pun tindakan berdasarkan fakta dan bukti kuat, saya sokong.
"Tetapi jangan aniaya dan ada alasan longgar dicabar dan dipertikai. Soal nak kecam politik boleh tapi ingat jangan kita guna kedudukan untuk menganiaya, kalau bukti ada aniaya macam mana,” katanya dalam sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai keseriusan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap proses tatakelola yang dikatakan tidak telus sebelum PRU15.
Jawab Anwar, siasatan SPRM ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu-satu parti sahaja.
Malah, katanya, baru-baru ini Ketua UMNO Bahagian Shah Alam turut didakwa di mahkamah.
"Sesiapa sahaja didapati ada membuat kesalahan oleh SPRM dan mempunyai bukti kukuh oleh Peguam Negara maka rakyat harus terima keadaan pendakwaan. Jangan kita ambil tindakan oleh kerana LCS (kapal tempur pesisir) itu melibatkan orang-orang UMNO, kita gugur.
"Arahan saya ada, termasuk LCS dan saya menyatakan bahawa pendakwaan peringkat awal ada pendakwaan saya setuju ia tidak cukup kerana skandal itu adalah besar dan ketirisan berlaku.
“Mesti ada tindakan susulan jawapan yang diberikan SPRM peringkat kedua itu diteruskan dan itu bukan urusan saya untuk mendalami dan tanya lebih daripada itu. Jika saya buat begitu, ada lagi tuduhan pendakwaan terpilih," katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dakwaan beliau campur tangan dalam kes melibatkan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Anwar berkata, perkara itu boleh dipanjangkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sekiranya masih terdapat dakwaan campur tangan.
"Ada orang kata TPM ada kes, saya tidak campur. Boleh tanya Ketua Hakim Negara, Peguam Negara bila saya minta dikurangkan atau ditarik balik pertuduhan.
"Soal tohmahan jangan mudah menghukum, saya bukan ahli politik murahan," katanya. - Xklusif