Most Read
Rais Yasin masih Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid
#politik #umno #ahmadzahidhamidi #raisyasinKak Ijat kembali dalam UMNO, dilantik ahli MKT
Hajat Pejuang tak kesampaian, permohonan sertai PN ditolak
UMNO perlu main naratif ingin berubah selepas dilanda penyakit kronik
Keputusan Pemilihan UMNO kukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan - Anwar
#anwaribrahim #politik #pemilihanumno #kerajaanJawatan peringkat bahagian, MKT UMNO dilanjut tempoh 5 tahun – Ahmad Maslan
UMNO alami perubahan, 54 muka baharu dipilih Ketua Bahagian
#umno #politik #pemilihanumno #perubahan #ketuabahagianFakhruddin Ariff dipilih Ketua UMNO Bahagian Pekan
Wan Rosdy, Khaled, Johari menang jawatan Naib Presiden UMNO
#politik #umno #wanrosdy #joharighani #khalednordinMenang tanpa bertanding, Ahmad Zahid kekal Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk
#ahmadzahid #umno #pemilihanumno #presidenumnoPolitik
Published: Mar 15, 2023 11:16 am . Updated:11:30 am
KUALA LUMPUR, Mac 15 – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dijangka akan dirombak dan dinamakan semula sebagai Gerakan Tanah Air (GTA), gabungan yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang bergerak ke arah menjadi parti politik rasmi, menurut satu laporan.
Dr Mahathir kemudiannya akan mengambil alih jawatan presiden daripada Datuk Ibrahim Ali, sekutu lama bekas perdana menteri itu.
Memetik sumber parti, Utusan Malaysia melaporkan bahawa langkah tersebut akan diterangkan kepada ahli Putra pada perhimpunan agung tahunannya bulan depan.
Sumber itu berkata, GTA akan bekerjasama dengan Berjasa dan Parti Perikatan India Muslim Kebangsaan (Iman), parti yang telah pun bersekutu dengan Putra sebelum ini serta Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Baru-baru ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir selepas (pengarah pilihan raya PAS) Sanusi Nor juga bertemu bekas perdana menteri itu.
“Kerjasama antara GTA dan PN akan menjadi langkah pertama ke arah memastikan kebangkitan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-16,” kata sumber.
Bagaimanapun, sumber itu berkata GTA mungkin tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di enam negeri, sebaliknya akan memberikan sokongan kepada PN.
Sumber itu berkata, PN yakin dapat meraih sokongan ramai pengundi Melayu memandangkan Umno kini bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan.
Pada masa ini, GTA ialah gabungan longgar parti berasaskan Melayu, NGO, ahli akademik dan profesional. Putra adalah ahli gabungan itu, yang diasaskan oleh Dr Mahathir tahun lepas.
Februari lalu, Dr Mahathir telah meninggalkan Pejuang, iaitu parti yang diasaskannya pada 2020 berikutan keputusan parti itu keluar dari GTA. Menurut Dr Mahathir, tindakan menolak GTA sama seperti menolak dirinya.
Beliau kemudian menyertai Putra sebulan kemudian dan diberi nombor keahlian "No 1", yang sebelum ini dipegang oleh Ibrahim sebagai presiden.
Keesokan harinya, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengumumkan bahawa parti itu telah memohon untuk menyertai PN.