Most Read

Rais Yasin masih Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

#politik #umno #ahmadzahidhamidi #raisyasin

Hajat Pejuang tak kesampaian, permohonan sertai PN ditolak

#perikatannasional #hamzahzainuddin #politik #pejuang

Keputusan Pemilihan UMNO kukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan - Anwar

#anwaribrahim #politik #pemilihanumno #kerajaan

UMNO alami perubahan, 54 muka baharu dipilih Ketua Bahagian

#umno #politik #pemilihanumno #perubahan #ketuabahagian

Fakhruddin Ariff dipilih Ketua UMNO Bahagian Pekan

#fakhruddinariff #umnopekan #najibrazak #ketuabahagian

Wan Rosdy, Khaled, Johari menang jawatan Naib Presiden UMNO

#politik #umno #wanrosdy #joharighani #khalednordin

Politik

Tiada mana-mana pemimpin parti bersih 100 peratus

Published: Mar 15, 2023 5:55 pm . Updated:7:05 pm

KUALA LUMPUR, Mac 15 – Tiada seorang pemimpin pun yang betul-betul bersih dan dihormati 100 peratus rakyat dan ahli parti, kata calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

 

Ini kerana katanya, di dalam parti mana sekalipun belum wujud pemimpin yang benar-benar bersih.

 

“Ada tak seorang pemimpin yang betul-betul bersih dan dihormati ahli parti dan rakyat 100 peratus, jawapannya tak ada.

 

“Baik dalam PKR, Amanah, Pejuang, Bersatu ke semua parti tak ada yang memimpin partinya diakui 100 peratus baik, bersih, tiada.  

 

“Jadi ini sepatutnya tidak timbul isu mempersoalkan pemimpin dari parti politik sendiri, ini semua soal menghormati institusi parti dan memahami Perlembagaan parti.

 

 

“Betulkan niat kenapa kita masuk UMNO, perjuangan untuk bantu rakyat, jangan jadi gunting dalam lipatan, talam dua muka itu agenda diri bukan agenda rakyat,” katanya pada Wacana Siri 388: Pemilihan UMNO: ‘Strategi Kembali Berkuasa?’ yang disiarkan menerusi platform Sinar Harian pada Selasa.

 

Turut menjadi panelis adalah calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya manakala Azlan Shah Nabees Khan bertindak sebagai moderator.

 

Mengulas lanjut, Shahaniza menegaskan anggota parti perlu menghormati institusi berkenaan dengan memahami perlembagaan dan matlamat UMNO serta tidak menjadikannya sebagai kepentingan peribadi.

 

Beliau bersama Razlan dan Fathul Bari merupakan antara tiga daripada 95 calon yang bertanding bagi merebut 25 kerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO, pada pemilihan parti peringkat bahagian dan pusat, Sabtu ini.

 

Mengulas lanjut mengenai pemimpin tertentu yang lantang mengkritik kepimpinan UMNO selama ini, Shahaniza berkata perkara ini tidak sepatutnya timbul di kalangan pemimpin tertinggi parti yang mempersoalkan tentang pemimpinnya sendiri.

 

“Saya selalu cakap kalau nak masuk UMNO kena baca dulu perlembagaan UMNO, kamu faham tak penubuhan UMNO ini untuk apa? Apa niat kita masuk?

 

“Adakah niat kita untuk kepentingan diri atau perjuangan. Bila niat untuk diri sendiri dia tak bawa parti,” katanya.

 

Mengenai pemilihan kali ini, beliau sedikit skeptikal akan berlaku perpecahan ditambah dengan cerita yang tidak enak didengar yang akan menyebabkan persepsi buruk terhadap UMNO.

 

“Alhamdulillah siri pemilihan kali ini walaupun ada juga kes-kes terpencil yang kontroversi segalanya berjalan lancar,” katanya. – Xklusif