Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Mar 16, 2023 3:29 pm . Updated:3:51 pm
KUALA LUMPUR 16 Mac - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan Persekutuan dapat memberikan peruntukan kepada negeri ini bagi pembaikan jalan yang rosak dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang.
Sultan Ibrahim bertitah, jalan Johor Bahru-Mersing turut mengalami isu sama dan berbahaya kepada pengguna.
"Saya berharap peruntukan bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan laluan Johor Bahru-Mersing yang kini keadaan berlubang dan membahayakan pengguna jalan raya.
"Habis rim kereta saya pun bengkok," titah baginda sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong.
"Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senia kepada enam lorong.
"Kalau boleh dari Gemas, buat apa separuh jalan. Kerajaan Pusat juga akan sediakan lorong memotong di Lebuhraya Senai-Desaru dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar yang merupakan satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang hanya ada dua lorong dan dikenakan bayaran tol," titah baginda.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya persekutuan dan lebuh raya.
Antaranya projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara - Fasa Satu kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa. - Sinar Harian