Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Mar 16, 2023 5:11 pm . Updated:9:21 am
KUALA LUMPUR 16 Mac - Lima beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki dirempuh sebuah lori di kilometer 439.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di sini, pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada jam 1 petang.
"Seorang wanita berusia 29 tahun sedang memandu kenderaan jenis Perodua Aruz bersama dua kanak-kanak, adik perempuan dan ibunya masing-masing berusia tiga hingga 58 tahun.
"Tiba-tiba sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 34 tahun telah merempuh kenderaan SUV itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh sebagai pesakit luar," katanya.
Noor Ariffin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca lori merempuh belakang kenderaan SUV itu.
"Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Rohaizam Yusop di talian 0125260952 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.
Terdahulu, video tular berdurasi satu minit itu memaparkan rakaman papan pemuka (dashcam), suara seorang wanita sedang berbual tentang kisah kemalangan lain, sebelum kenderaan itu dirempuh sebuah lori.
Selain suara wanita yang tidak henti-henti menyebut 'Allahuakbar', turut kedengaran suara kanak-kanak yang sedang menangis selepas berlakunya rempuhan berkenaan. - Xklusif