Most Read

Rais Yasin masih Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

#politik #umno #ahmadzahidhamidi #raisyasin

Hajat Pejuang tak kesampaian, permohonan sertai PN ditolak

#perikatannasional #hamzahzainuddin #politik #pejuang

Keputusan Pemilihan UMNO kukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan - Anwar

#anwaribrahim #politik #pemilihanumno #kerajaan

UMNO alami perubahan, 54 muka baharu dipilih Ketua Bahagian

#umno #politik #pemilihanumno #perubahan #ketuabahagian

Fakhruddin Ariff dipilih Ketua UMNO Bahagian Pekan

#fakhruddinariff #umnopekan #najibrazak #ketuabahagian

Wan Rosdy, Khaled, Johari menang jawatan Naib Presiden UMNO

#politik #umno #wanrosdy #joharighani #khalednordin

Politik

Saya telus, sedia disiasat - Ahmad Zahid

Published: Mar 16, 2023 6:56 pm . Updated:6:12 am

KUALA LUMPUR 16 Mac - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan, beliau sedia disiasat berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, oleh pemimpin parti Bersatu.



"Jadi saya sebagai seorang yang sangat telus, sedia untuk disiasat pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan oleh mereka tidak ada asas,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara kerajaan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

 

Ahmad Zahid menyifatkan laporan berkenaan sebagai aduan politik.

 

"Masalah politik harus diselesaikan dengan cara politik. Aduan polis tidak menyelesaikan masalah. Mereka (Bersatu) mahu mempertahankan diri, tetapi tiada kemampuan,” katanya.

 

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Anwar yang juga Presiden PKR, berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Bernama