Most Read

Azeem raih emas 100m di Florida

#azeem #pecut #sukan

Jaringan gol jadi tular, pemain 'defend' Kedah tak mahu dibuai pujian

#bolasepak #kedahdarulamanfc #ligasuper #MohdAkmal

JDT lebih baik, tukar pemain punca kalah - Cheng Hoe

#sukan #ligasuper #selangorfc #JDT #tanchenghoe

Kandas suku akhir, Tze Yong gagal ikut jejak langkah Zii Jia

#tzeyong #ziijia #allengland #sukan #badminton

Selepas Tze Yong, giliran Zii Jia mara ke suku akhir All England 2023

#sukan #badminton #leeziijia #ngtzeyong #alleangland

TMJ tak bosan lihat JDT menang semua piala, akui rasa ketagihan

#sukan #JDT #bolasepak #ligamalaysia #TMJ

Tersingkir Piala FA, 2 masalah utama Kedah dikesan

#bolasepak #kedahdarulaman #penyerang #pialafa #ligasuper

Sukan

Tak mahu bertahan, Selangor FC ada ramuan elak diratah JDT

Published: Mar 17, 2023 9:23 am . Updated:7:24 pm

KUALA LUMPUR 17 Mac - Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe menaruh harapan tinggi untuk melihat skuad kendaliannya mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor hari ini.

 

Biarpun menyedari JDT berada pada tahap berbeza, Cheng Hoe percaya tiada yang mustahil buat skuad The Red Giants untuk menundukkan juara sembilan kali Liga Super itu.

 

“Menentang pasukan JDT sememangnya bukan satu perlawanan yang mudah kerana kita tahu kualiti pasukan tersebut selain mereka juga menang besar dalam empat perlawaan awal liga.

 

“Namun, kita juga mahu satu keputusan positif dalam perlawanan ini. Ia tidak mustahil jika pemain memberikan fokus, percaya kepada keupayaan diri dan memberikan sehabis baik untuk dapatkan mata.

 

“Saingan liga juga masih panjang dan keputusan positif ini amat penting untuk kita meletakkan pasukan di kedudukan yang baik dalam saingan liga,” katanya.

 

Seperti dijangka, JDT mencipta permulaan sempurna apabila merekodkan empat kemenangan berturut-turut termasuk ketika membenam Negeri Sembilan FC 7-0 dan Kelantan FC 5-1.

 

Bagaimanapun, Selangor yang dianggap antara percabar terkuat JDT musim ini juga tidak kurang hebatnya apabila menang tiga perlawanan dan satu seri dalam empat perlawanan Liga Super.

 

Untuk rekod, dalam tiga perlawanan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan menyaksikan JDT lebih unggul dengan dua kemenangan dan satu seri termasuk menewaskan Selangor dalam aksi final Piala Malaysia musim lalu.

 

 

Dalam pada itu, Cheng Hoe berkata, anak-anak buahnya tidak akan bermain secara bertahan walaupun sedar skuad Harimau Selatan memiliki jentera serangan cukup berbisa.

 

“Kalau kita lihat perlawanan yang lepas, banyak pasukan yang bermain secara bertahan apabila turun menentang JDT. Bukan mudah untuk turun ke padang dengan mind set bertahan menentang JDT.

 

“Ini kerana mereka mempunyai rangkaian serangan yang cukup baik dan serasi. Jadi kami harus ada perancangan tersendiri, baik ketika menyerang mahupun bertahan.

 

“Dalam bola sepak, kita tidak boleh hanya bertahan 90 minit sepanjang perlawanan, kita perlu menyerang apabila bertemu pasukan yang kuat... itu falsafah bola sepak moden,” ujarnya. - Sinar Harian