Most Read
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiBunga dan cincin kena ‘reject’, Farid Kamil dakwa Diana Dianelle curang
#faridkamil #dianadanielle #artisBantah KWSP bercagar, PGIRM sasar 10,000 pencarum 'gegar' pejabat KWSP
Am
Published: Mar 17, 2023 10:28 am . Updated:8:04 am
Yusliza Yakimir
KUALA LUMPUR, Mac 15 – Tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bersasar semakin mendapat perhatian apabila ramai ahli politik baik daripada kerajaan atau pun pembangkang mula tampil menyuarakan tuntutan pencarum.
Ini ditambah dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan caruman KWSP sebagai cagaran untuk pencarum membuat pinjaman bank ketika sesi Penggulungan Bajet 2023, Khamis lalu, turut tidak mendapat sambutan baik daripada beberapa ahli Parlimen.
Ini sekaligus menidakkan tanggapan awam bahawa isu tuntutan KWSP ini adalah retorik sesetengah parti untuk meraih kepercayaan orang ramai.
Berikut Xklusif senaraikan beberapa figura politik yang pernah menyuarakan tuntutan KWSP Bersasar:
1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)
Meskipun Ismail Sabri antara pemimpin di bawah blok kerajaan, tidak menghalangnya untuk menyuarakan pendapatnya sendiri berkaitan isu KWSP.
Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023 baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa jika rakyat perlu menunggu 15 tahun lagi sehingga umur persaraan untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP sudah tidak berguna kerana keperluan mendesak dan kecemasan adalah ketika saat ini.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, ramai rakyat yang memerlukan pengeluaran itu dibuat kerana menghadapi kesukaran hidup, anak hendak masuk univeristi, malah ada antaranya yang akan dilelong segala aset serta diisytihar muflis.
“Apa yang rakyat nak adalah sekarang, bukan 15 tahun akan datang, yang mereka hadapi kesukaran adalah sekarang..rumah nak dilelong, sekarang…nak diisytihar muflis, sekarang.
“Sekiranya hendak tunggu 15 tahun lagi (ketika umur bersara), rumah mereka sudah kena lelong, dan sudah muflis,” katanya.
2. Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah)
Membangkitkan cadangan sama, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berkata kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara 'case-by-case' (mengikut kes), khususnya kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.
"Kerajaan boleh menetapkan apa sahaja syarat kepada individu yang layak ini boleh mengeluarkan (KWSP) memandangkan kerajaan mempunyai maklumat mengenai individu yang mencarum.
"Kita akui KWSP adalah simpanan hari tua, namun Kuala Pilah khuatir mereka tidak sempat tua untuk nikmati simpanan ini," ujarnya.
3. Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah (BN)
Armand berpendapat cadangan mengenai caruman KWSP dibenarkan untuk dijadikan cagaran bagi pinjaman bank hanya akan menambah kesusahan rakyat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan yang dinyatakan Anwar di Parlimen, baru-baru ini.
Menurutnya, ketika ini rakyat masih ramai yang terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini.
“Rakyat hari ini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi dan keadaan ekonomi masih perlu penambahbaikan,” katanya.
4. Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau)
Shahidan antara ahli politik yang lantang bersuara mengenai isu KWSP dan beliau membawa usul tergempar mewakili blok pembangkang meminta agar perkara itu dibahaskan Dewan Rakyat.
Beliau berkata, kerajaan perlu menyegerakan pengeluaran KWSP secara bersasar kerana keadaan terdesak termasuk peningkatan harga barangan dan kos sara hidup.
"Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang, dan sudah menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen untuk mengotakan janji untuk membantu rakyat,” katanya.
5. Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah)
Ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, baru-baru ini, Mas Ermieyati berkata, pengeluaran simpanan itu perlu dilihat dan dipertimbangkan semula walaupun kerajaan membuat keputusan untuk tidak melakukan demikian.
“Saya mohon bantuan daripada kepimpinan kerajaan pada hari ini untuk lihat dan timbang semula walaupun pada minggu lepas, Ahli Parlimen Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan) telah menjawab tidak akan dapat dipertimbangkan.
“Tetapi tolonglah yang kita pohon ialah untuk pemohon bersasar yang telah lama bekerja sekitar 20 hingga 25 tahun, mungkin simpanan mereka ada puluhan atau ratusan ribu, takkan ini pun tak boleh dipertimbangkan,” katanya.
Mas Ermieyati berkata, ini kerana tidak lama lagi akan memasuki bulan Ramadan, menyambut Aidilfitri serta anak-anak bakal bersekolah.
6. Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (Presiden Gerakan)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan pengeluaran wang simpanan KWSP adalah hak ahli KWSP dan bukannya hak kerajaan.
Justeru, Dr Dominic berkata, cadangan Anwar agar wang simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran jika membuat pinjaman bank adalah tidak bijak.
"Jika ahli KWSP menggunakan wang simpanan mereka untuk membayar pinjaman bank, ahli KWSP juga perlu membayar kadar faedah ditetapkan bank,” katanya. - Xklusif