Most Read

Azeem raih emas 100m di Florida

#azeem #pecut #sukan

Jaringan gol jadi tular, pemain 'defend' Kedah tak mahu dibuai pujian

#bolasepak #kedahdarulamanfc #ligasuper #MohdAkmal

JDT lebih baik, tukar pemain punca kalah - Cheng Hoe

#sukan #ligasuper #selangorfc #JDT #tanchenghoe

Kandas suku akhir, Tze Yong gagal ikut jejak langkah Zii Jia

#tzeyong #ziijia #allengland #sukan #badminton

Tak mahu bertahan, Selangor FC ada ramuan elak diratah JDT

#bolasepak #ligasuper #selangorfc #jdt

TMJ tak bosan lihat JDT menang semua piala, akui rasa ketagihan

#sukan #JDT #bolasepak #ligamalaysia #TMJ

Tersingkir Piala FA, 2 masalah utama Kedah dikesan

#bolasepak #kedahdarulaman #penyerang #pialafa #ligasuper
Image Credit: Agensi

Sukan

Selepas Tze Yong, giliran Zii Jia mara ke suku akhir All England 2023

Published: Mar 17, 2023 11:36 am . Updated:7:13 am

KUALA LUMPUR 17 Mac - Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kejuaraan All England 2023 selepas menewaskan Kenta Nishimoto dari Jepun.

 

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, Zii Jia tidak mempunyai masalah menundukkan pemain Jepun 21-15, 21-10 pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita Birmingham.

 

Perhitungan yang berlangsung selama 40 minit itu menyaksikan Zii Jia yang kini menghuni ranking keempat dunia menguasai gelanggang dan melangkah ke suku akhir buat kali pertama musim ini.

 

Zii Jia memulakan musim 2023 tanpa layak ke suku akhir pada kesemua empat kejohanan disertainya apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua Terbuka India, Masters Indonesia dan terbaharu, Terbuka Jerman pada minggu lepas.

 

Juara All England 2021 itu seterusnya dijadual bertemu pemain meningkat naik dari Jepun Kodai Naraoka yang juga pilihan ketujuh kejohanan pada aksi suku akhir yang dijangka bermula 6 petang ini waktu Malaysia.

 

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Kodai pernah menewaskan Zii Jia sekali pada Terbuka Malaysia Januari lepas.

 

Semalam, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut menempah slot suku akhir apabila mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara, Viktor Axelsen. - Xklusif