Most Read
Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiBunga dan cincin kena ‘reject’, Farid Kamil dakwa Diana Dianelle curang
#faridkamil #dianadanielle #artisAm
Published: Mar 17, 2023 3:17 pm . Updated:8:57 am
Yusliza Yakimir
KUALA LUMPUR, Mac 17 – Rakyat Malaysia memang sering dikenali dengan sikap pemurah lebih-lebih lagi ketika melihat orang susah dan memerlukan bantuan.
Kita juga sering mendengar kisah pemilik restoran yang bermurah hati memberi percuma makanan yang tidak mampu dibayar pembeli.
Terbaru, satu perkongsian oleh pemilik restoran ayam gepuk di Kajang mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restorannya tular di TikTok dan ditonton lebih 1 juta orang.
Menerusi video itu, pemilik restoran Ayam Gepuk Pak Agus, Shafiq Razak menceritakan bahawa ketika itu kedainya sudah mahu ditutup sebelum didatangi seorang lelaki yang meminta makanan.
"Kami didatangi oleh seorang lelaki yang merayu meminta makanan kepada pekerja dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk dua anaknya yang belum makan," tulisnya dalam keterangan video.
Katanya, dia tiada di kedai ketika itu, kemudian, pekerjanya telah menghubunginya untuk memberitahu situasi tersebut.
Setelah mengamati melalui aplikasi CCTV di telefon, dari situ dia melihat lelaki terbabit memang benar-benar kelihatan susah.
Razak terus menyuruh pekerjanya memberikan dua bungkus nasi ayam dan minuman. Dia melihat di CCTV lelaki berkenaan menyeka air mata ketika makanan itu diberikan kepadanya.
“Luruh hati kami terus beri makanan untuk dia percuma. Katanya nak bayar nanti bila ada duit.
“Kami respect (hormat) abang sanggup buang ego untuk perut anak-anak. Jangan kita judge (hakimi) keadaan dia sebab situasi masing-masing (berbeza), asalkan tak mencuri.
“Tak apa bang, kami belanja, ok!” tulisnya.
Perkongsian itu juga mendapat perhatian media luar termasuk di Singapura dan Indonesia yang turut melaporkan kejadian itu dan mendapat pujian warganet kedua-dua negara terbabit - Xklusif