Most Read
Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiBunga dan cincin kena ‘reject’, Farid Kamil dakwa Diana Dianelle curang
#faridkamil #dianadanielle #artisAm
Published: Mar 17, 2023 4:54 pm . Updated:4:42 am
KUALA LUMPUR 17 Mac - Video pesanan khidmat masyarakat (PSA) adalah sesuatu yang lumrah dilakukan kerajaan menerusi kementerian atau agensi berkaitan untuk menyampaikan maklumat atau mendidik masyarakat.
Namun, berbeza pula dengan video PSA dimuat naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mendapat kecaman masyarakat.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi kementerian berkenaan yang memaparkan seorang pengguna singgah ke sebuah pasar raya untuk membeli sabun basuh pinggan.
Ini bukan masalah saya, ini masalah awak#KPDN pic.twitter.com/JfbWzUINbJ
— KPDN (@KPDN_HQ) March 16, 2023
Namun, ketika hendak melakukan pembayaran, pengguna itu terkejut kerana harga yang perlu dibayar tidak sama dengan nilai yang dipaparkan di rak.
Juruwang kemudian cuba menjelaskan bahawa harga di rak itu belum dikemas kini dan pelanggan itu membalasnya dengan jawapan yang kasar.
"Ini bukan masalah saya, ini masalah anda," kata pelanggan itu dengan nada yang menengking.
Sikap kurang ajar pelanggan itu membuatkan warganet berasa kurang selesa dengan video PSA yang dimuat naik KPDN seolah-olah mahu mengajar pelanggan untuk menjadi biadap.
"Eh, apalah video. Atleast beradab la sikit jadi customer nak ajar orang pun ajar la yang beradab sikit," kata Yum.
Seorang lagi warganet, Aiman Ahmad turut setuju dengan kenyataan itu.
"Wah kementerian ajar kita bercakap kasar dengan pekerja yang tak tahu menahu pasal harga di rak. Good job Kementerian," katanya.
Seorang lagi warganet, Mohamad Izham Mohlis berkata, mesej kepada pengguna itu sampai tetapi cara penyampaian perlu diperbaiki.
"Memang pelanggan nak kena cakap marah-marah ke? Mesej pengguna sampai tapi mesej akhlak ke laut. Maaf KPDN, cuba lagi lain kali," katanya. - Xklusif