Image Credit: Agensi

Dunia

Gadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur

Published: Mar 20, 2023 10:48 am . Updated:5:51 am

KUALA LUMPUR 20 Mac – Menyayat hati. Itu gambaran tepat mengenai kejadian seorang remaja perempuan ditemukan mati ditanam di sebuah rumah di Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia, Jumaat lalu.

 

Mangsa, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun itu dikatakan mengikut kekasihnya sejak dua bulan lalu, namun keluarga mangsa sudah melaporkan kehilangannya Januari lalu.

 

Ketua Polis Padang Panjang, AKBP Donny Bramanto berkata, mangsa masih berstatus pelajar sekolah menengah di Kota Padang menjadi mangsa bunuh kekasihnya berusia 17 tahun pada 3 Februari lalu sebelum mayatnya ditemui tertanam pada Jumaat.

 

Menurut Donny, peristiwa itu bermula ketika mangsa menginap di rumah keluarga kekasihnya, di Jorong Solok, Kenagarian Singgalang, Tanah Datar.

 

"Pada 31 Januari, mangsa menginap di rumah pelaku. Tapi ketika itu masih berada dalam keadaan baik dan belum terjadi pembunuhan. Mangsa tidur bersama orang tua pelaku.

 

“Keesokan harinya, orang tua pelaku menyuruh mangsa untuk segera pulang ke Padang. Alasannya kerana tidak elok dilihat oleh orang kampung jika berlama-lama menginap di rumah pelaku,” katanya.

 

Pelaku disuruh menghantar mangsa untuk pulang, sebaliknya lelaki tersebut membawanya ke sebuah rumah berhampiran yang sudah ditinggalkan kosong selama lebih 8 bulan.

 

"Saat berada di rumah itu (3 Februari) pelaku mula menyiksa mangsa dengan kejam dengan cara kayu dan bantal sehingga mangsa meninggal dunia.

 

"Leher mangsa dicekik dan wajah ditutupi dengan bantal hingga lemas dan tak berdaya. Lalu pelaku pergi ke dapur mencari sebuah kayu dan memukul kepala bahagian kiri mangsa," katanya.

 

Tambah Donny, pelaku memukul kepala mangsa sebanyak tiga kali, sehingga mengeluarkan darah dari hidung dan mulutnya.

 

Setelah memastikan korban meninggal, pelaku menyeretnya ke dapur dan menanamnya.

 

"Mangsa diseret pelaku ke dapur, lalu pelaku mencari cangkul untuk menggali tanah supaya mangsa boleh ditanam. Seluruh pakaian pelaku dibuka dan dibakar untuk menghilangkan jejak,” katanya.

 

Mayat remaja itu pertama kali ditemukan ketika pemilik rumah yang kebetulan pulang untuk membersihkan rumah menjelang bulan puasa.

 

Dia yang menyedari terdapat tompokan darah dan bau busuk terus menggali lokasi kejadian sebelum menghubungi polis dan terlihat mayat remaja itu dalam kondisi terlipat kakinya.

 

Donny berkata, motif pembunuhan itu dikatakan bahawa pelaku takut sekiranya mangsa hamil hingga sanggup membunuh remaja malang itu.

 

Polis telah berjaya menangkap pelaku yang dipercayai merupakan kekasih mangsa. - Agensi