Most Read

'Defender' Kedah kawal ketat Baddrol, Tae-su

#sukan #bolasepak #kedah #sabah #ligasuper

Mana boleh sekat gaji, kena bayar ikut kontrak - FAM

#sukan #bolasepak #kelantanfc #bosszam #ligasuper

Pemain Sabah perlu ubah sikap, banyak perlu diperbaiki - Kim Swee

#sukan #sabahfc #ongkimswee #pialafa #klcityfc #bolasepak

Menang besar, Solari 'tabik' pemain JDT

#sukan #bolasepak #jdt #solari #ligasuper

Misi wajib menang, Sabah guna aura Likas

#sukan #sabahfc #bolasepak #pialafa #ligasuper

Selangor guna tonik khas, akui skuad Jang sukar dijinakkan

#sukan #bolasepak #negerisembilan #selangorfc #ligasuper

Kami ada kemampuan, tapi gagal laksanakan - Salah

#sukan #salah #liverpool #manchesterunited

Sukan

Azeem raih emas 100m di Florida

Published: Mar 25, 2023 12:32 pm . Updated:11:25 pm

KUALA LUMPUR 25 Mac - Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak membuang masa dalam menjadi yang terbaik dalam kariernya apabila menjuarai acara 100 meter (m) di Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, Amerika Syarikat awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).

 

Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat (s) sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

 

Lebih manis, ia adalah kemenangan sulung buat atlet berusia 18 tahun itu yang membuat debut kejohanan luar dewan di bumi 'Uncle Sam' itu selepas tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan sebelum ini.

 

Tempat kedua acara itu dimenangi Andre Ewers (10.49s) manakala tempat ketiga dimenangi Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse.

 

Bulan lepas, Azeem menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational. - BERNAMA