Dunia

(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh

Published: Mar 27, 2023 7:50 am . Updated:1:39 am

KUALA LUMPUR 27 Mac - Jemaah tarawikh di sebuah masjid di Kota Makassar, Indonesia semalam berdepan detik cemas apabila kubah masjid berkenaan tiba-tiba roboh.  

 

Kubah Masjid Ittifaqul Jamaah di Jalan Barukang, Kecamatan Ujung Tanah, Kota Makassar itu roboh dan menimpa jemaah tarawih. 

 

Insiden itu menyebabkan sedikitnya 9 jemaah tercedera. 

 

"Seramai 9 orang jemaah tercedera yang mana enam daripanya parah," menurut saksi kejadian yang dikenali sebagai Lukman. 

 

Lukman berkata, insiden itu terjadi ketika para jemaah selesai melaksanakan salat Isya. 

 

Jemaah kemudiannya mendengarkan ceramah tarawih.

 

"Habis salat Isya terus ceramah tarawih, semasa ustaz berdoa untuk salat tarawih tiba-tiba roboh kubahnya," kata Lukman.

 

Menurut Lukman, kubah masjid yang roboh tepat berada di depan mimbar. Kubah masjid berkenaan terus menghimpap jemaah lelaki. 

 

"Jemaah yang terkena runtuhan kerana i berada di depan mimbar," katanya.  

 

Lukman berkata lagi, enam jemaah yang parah kerana tertimpa besi kubah masjid. 

 

Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran oleh petugas kesihatan untuk rawatan lanjut.  

 

"Yang parah sebab runtuhan kerana terkena besi kepalanya. Sudah dikejarkan ke hospital," katanya. - Agensi