Most Read
UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
#pt3 #kpm #upsrLelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Am
Published: Mar 28, 2023 11:53 pm . Updated:12:27 am
KUALA LUMPUR 28 Mac - Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 16 April ini.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Ayob Khan bakal menggantikan Datuk Seri Abd. Jalil Hassan yang akan bersara pada tarikh pelantikan tersebut.
Ayob Khan, 57, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2022.
Beliau juga pernah menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman.