Most Read
UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
#pt3 #kpm #upsrLelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Am
Published: Mar 29, 2023 7:31 am . Updated:2:57 am
KUALA LUMPUR 29 Mac - Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023), selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 27 Februari lalu.
RUU Perbekalan 2023 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, malam ini.
Sesi undian itu dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi selesai, pada jam 7.05 malam.
RUU Perbekalan 2023 adalah belanjawan pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 10 hari, mulai 13 Mac lalu.
Belanjawan 2023 lulus di peringkat dasar pada 9 Mac lalu.
Dokumen belanjawan merangkumi peruntukan tertinggi dalam sejarah negara, bernilai RM386.14 bilion itu dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari lalu.
Belanjawan 2023 bertemakan 'Membangun Malaysia Madani' itu membabitkan peruntukan pembangunan tertinggi, bernilai RM99 bilion yang merangkumi suku daripada keseluruhan bajet.