Most Read
UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
#pt3 #kpm #upsrLelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Am
Published: Mar 29, 2023 8:01 am . Updated:7:13 am
KUALA LUMPUR 29 Mac - Kenaikan RM2,000 dikenakan bagi bayaran pakaian istiadat penjawat awam daripada RM1,500 kepada RM3,500 berkuat kuasa serta merta, umum Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Dalam pekeliling minggu lalu, Ketua Pengarah JPA Zulkapli Mohamed, berkata penjawat awam yang layak boleh menuntut bayaran RM3,500 sekali dalam tempoh tiga tahun.
Dalam nota penjelasan, jabatan itu berkata, semua pegawai dalam kategori profesional dan pengurusan dari Gred 41 dan ke atas, kakitangan sokongan antara Gred 29 dan 40 bertugas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, antara lain, layak mendapat bayaran pakaian rasmi istiadat.
Semua pegawai itu boleh menuntut RM1,000 sebagai bayaran pakaian ‘black tie’, atau pakaian separa rasmi barat, elaun lounge suit atau batik (pakaian rasmi) RM650 bagi pegawai dan RM450 untuk pasangan.
Katanya, mereka yang layak juga bagi bayaran pakaian rasmi termasuk yang dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima pingat daripada Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri yang diberikan setiap tahun atau dijemput hadir dalam upacara rasmi.
“Tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan maklumat jemputan dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” kata nota itu.
Bagi lelaki, pakaian hari istiadat merangkumi jaket putih, seluar hitam, songkok hitam, georget (hiasan leher), apolet (hiasan bahu), dan kasut hitam.
Bagi majlis istiadat malam, pakaian rasmi adalah baju putih, jaket mess putih, seluar hitam, apolet, dan kasut hitam.
Bagi wanita, pakaian siang jaket putih, kain sarung hitam, topi hitam, apolet, tas tangan hitam, dan kasut hitam.
Tudung tidak dikategorikan sebagai komponen pakaian rasmi istiadat.