Am

(VIDEO) Tak tahu malu, lelaki beli Iphone guna kad bank curi depan isteri dan anak

Published: Mar 29, 2023 2:33 pm . Updated:10:35 am

KUALA LUMPUR 29 Mac - Seorang pesara berusia 62 tahun menanggung kerugian bila wang simpanannya berjumlah RM46,000 dibelanjakan oleh individu tidak bertanggungjawab pada minggu lalu.

 

Mangsa, Baharuddin Abdullah menyedari perkara itu selepas gagal mengeluarkan wang simpanannya sebelum dimaklumkan oleh pihak bank bahawa berlaku beberapa pengeluaran berjumlah RM46,000 dalam tempoh tiga hari.

 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pada jam 10 pagi 25 Mac lalu Baharuddin ke Bank Rakyat Banting, Selangor untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM, namun ketika itu, kad ATM miliknya tersangkut di dalam mesin.

 

"Terdapat seorang lelaki Melayu yang cuba membantu saya untuk mengeluarkan kad tersebut. Selepas berjaya, lelaki itu telah menyerahkan semula kad ATM kepada saya. Saya cuba keluarkan wang di bank lain tetapi tidak berjaya.

 

"Sehingga semalam, saya ke BSN Banting untuk menyemak masalah kad ATM dan pihak bank memaklumkan berlaku beberapa transaksi pengeluaran dari Sabtu hingga Isnin. Sebanyak RM46,000 telah dikeluarkan menggunakan kad ATM saya," katanya.

 

 

 

View this post on Instagram

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

 

Baharuddin mengesyaki, lelaki yang membantunya pada Sabtu lalu telah mengambil kesempatan dengan menukar kad ATMnya dengan kad lain.

 

Mangsa turut dimaklumkan oleh anak lelakinya, Muhammad Faiz, suspek telah menggunakan wang tersebut itu untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 13 Pro Max bernilai RM3,700 di Klang.

 

Gambar dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut tersebar yang sempat memaparkan suspek sedang membeli iPhone tersebut sambil ditemani oleh isteri dan anaknya masih bayi.

 

Rata-rata warganet turut mengecam tindakan lelaki berkenaan yang melakukan perkara terkutuk itu di bulan puasa seperti tidak menghormati bulan mulia dan berkata doa orang dizalimi membongkar kegiatan suspek berkenaan.

 

Warganet, Najwa Nafis berkata, individu berkenaan sememangnya tidak berhati perut dan sanggup mencuri daripada warga emas yang berada dalam kesulitan.

 

“Dalam bulan puasa pun buat kerja hina. Jijik ya songlap duit warga emas. Moga kifarah buat lelaki tu. Kalau tak kena dekat lelaki tu, mungkin terkena pada isteri dan anak dia. Kesian pakcik tu punya la kumpul duit sampai RM40,000, hujung-hujung kau songlap buat bergembira,” katanya

 

Bagi Muhammad Hafiz Mansor, tidak mustahil suspek sudah terlebih dahulu mensasarkan warga emas berkenaan dan sengaja merosakkan bahagian pengimbas kad ATM pada mesin sebelum berpura-pura menghulurkan bantuan.

 

“Boleh jadi suspek dah biasa buat kerja ni. Berkata doa orang yang teraniaya pasti termakbul, cepat atau lambat saja. Aku syak memang suspek tu dah perati nombor pin keselamatan mangsa semasa beratur di mesin ATM tu,” katanya. - Xklusif