Most Read
UMNO sudah rosak, tiada harapan menang PRN
Muhyiddin nak duit Tun M sahaja - Puad
Dr M sedia kembali bersama Muhyiddin
#mahathir #muhyiddin #kerjasamaPelantikan Lokman Adam 'luar tabie'
KJ saman Jamal RM1 juta
#kj #jamal #samanAhmad Zahid hairan kenapa Muhyiddin nak saman dirinya
#politik #muhyiddinyassin #umno #ahmadzahid #anwaribrahimDana judi: Muhyiddin mahu permohonan maaf, tindakan saman
#politik #perikatannasional #judi #muhyiddinyassinDakwa PN terima dana syarikat judi, PAS mahu PM minta maaf
Sokong Bersatu kalau pegang perjuangan UMNO
#politik #umno #faizalazumu #bersatu #xklusifKJ bakal umum keputusan masuk BERSATU atau tidak
#kj #bersatu #prnPolitik
Published: Apr 10, 2023 1:50 pm . Updated:10:25 am
KUALA LUMPUR 10 April – Biarpun gagal mendapatkan kembali kedudukan sebagai Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac lalu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil masih mendapat kepercayaan sebagai Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA).
Shahrizat, 70, memberitahu, HAWA adalah majlis yang ditubuhkan di bawah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan yang diberikan itu.
“Segala nya ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang Allah tentukan segalanya. Yang terbaik dan terindah.
"InsyaAllah saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya setelah dapat mendengar visi Presiden UMNO untuk Wanita dan keluarga di bawah naungan MKT di pejabat YAB di Parlimen tempoh hari.
“Saya paling bahagia bila diminta kita pemimpin UMNO terutama Wanita berganding tangan dengan masyarakat sivil dan NGO dan pelbagai lain demi kebaikan wanita dan keluarga,” tulisnya di Instagram.
Bulan lalu, percubaan Shahrizat untuk kembali menerajui Wanita UMNO selepas menyepi hampir lima tahun tidak berjaya apabila perwakilan memilih mengekalkan gandingan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Datuk Norliza Abdul Rahim.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini bersara daripada politik pada 2018 selepas 11 tahun menerajui pergerakan berkenaan.