Most Read
UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
#pt3 #kpm #upsrLelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Am
Published: Apr 10, 2023 2:55 pm . Updated:7:59 pm
KUALA LUMPUR 10 April – Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta jirannya selepas tertekan hilang pekerjaan dan mendakwa jiran sering membuat bising di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pengadu seorang wanita yang juga jirannya berkata, lelaki terbabit telah melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan kesemua cermin keretanya, pada jam 5 petang.
"Selepas kejadian, lelaki itu berjaya ditahan dan polis merampas sebatang kayu yang digunakan suspek ketika kejadian.
"Hasil siasatan mendapati punca kejadian ini berlaku disebabkan lelaki itu mengalami tekanan jiwa selepas hilang pekerjaan dan melepaskan geram kerana rumah pengadu selalu membuat bising.
"Suspek tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, lelaki itu telah dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Jenayah, Shah Alam.
"Suspek mengaku salah terhadap pertuduhan dan hukuman denda mahkamah sebanyak RM3,300.
"Suspek gagal membayar denda mahkamah dan sedang ditahan di Penjara Kajang bagi menjalankan hukuman penjara selama enam bulan," ujarnya.