Most Read

'Defender' Kedah kawal ketat Baddrol, Tae-su

#sukan #bolasepak #kedah #sabah #ligasuper

Mana boleh sekat gaji, kena bayar ikut kontrak - FAM

#sukan #bolasepak #kelantanfc #bosszam #ligasuper

Pemain Sabah perlu ubah sikap, banyak perlu diperbaiki - Kim Swee

#sukan #sabahfc #ongkimswee #pialafa #klcityfc #bolasepak

Menang besar, Solari 'tabik' pemain JDT

#sukan #bolasepak #jdt #solari #ligasuper

Misi wajib menang, Sabah guna aura Likas

#sukan #sabahfc #bolasepak #pialafa #ligasuper

Selangor guna tonik khas, akui skuad Jang sukar dijinakkan

#sukan #bolasepak #negerisembilan #selangorfc #ligasuper

Kami ada kemampuan, tapi gagal laksanakan - Salah

#sukan #salah #liverpool #manchesterunited

Sukan

Kelantan dirundung masalah, pemain Sabah diminta jangan terlalu yakin

Published: Apr 19, 2023 10:04 am . Updated:11:25 pm

KUALA LUMPUR 19 April - Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu pasukan kembali mendapatkan prestasi terbaik selepas berdepan perlawanan yang begitu mencabar dalam tiga aksi Liga Super terdahulu apabila hanya meraih satu mata sahaja.



Kim Swee tidak menafikan masih ada kelemahan daripada pelbagai aspek yang menyaksikan pasukan tewas dalam dua perlawanan lalu dan terdahulu seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC.


Justeru, penting untuk Sabah meraih kembali kemenangan sepertimana yang mereka lakukan pada awal musim apabila konsisten tanpa kalah dalam lima perlawanan awal selain perlu mencari solusi untuk tidak lagi kehilangan mata di tempat lawan.

 

“Sudah tentu kami ingin ambil kesempatan bermain di tempat sendiri untuk meraih tiga mata selepas tiga perlawanan di tempat lawan yang tidak memuaskan.

 

“Kita hanya berjaya bawa balik satu mata sahaja dan ada beberapa aspek kelemahan dari segi ketumpulan serangan dan dalam masa sama kita senang hilang fokus dalam beberapa situasi yang saya rasa tidak harus berlaku.

 

“Dan apabila kita berada di luar Sabah dengan begitu lama, banyak benda yang kita perlu ambil berat daripada semua perkara.

 

“Jadi, pemain-pemain memang perlu ambil pengajaran untuk memastikan kita boleh lakukan dengan lebih baik selepas ini terutamanya di tempat lawan”, jelasnya.

 

Bakal berdepan Kelantan FC di Stadium Likas pada Rabu, Kim Swee tidak mahu anak buahnya terlalu yakin dan memandang rendah aksi lawan jika melihat kepada prestasi tidak menentu The Red Warriors itu.

 

Bahkan, beliau percaya Kelantan punya perancangan tersendiri untuk memastikan mereka tidak lagi tercicir mata apabila kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super.

 

“Memang kita tidak boleh ambil mudah untuk bemain dengan mereka walaupun mereka mungkin sedang berdepan masalah tertentu sebelum ini.

 

“Yang penting dekat sini adalah kita harus fokus dengan apa yang kita nak buat dan tidak boleh anggap Kelantan sebagai lawan mudah untuk menang.

 

“Kalau terlampau yakin, banyak perkara yang kita tidak boleh jangka akan berlaku dan pemain saya kena kekalkan fokus”, tambahnya.

 

Sabah FC kini berada di tangga kelima dengan 14 mata selepas lapan perlawanan manakala Kelantan di tangga ke 13 dengan empat mata sahaja. — Xklusif