Most Read

'Defender' Kedah kawal ketat Baddrol, Tae-su

#sukan #bolasepak #kedah #sabah #ligasuper

Mana boleh sekat gaji, kena bayar ikut kontrak - FAM

#sukan #bolasepak #kelantanfc #bosszam #ligasuper

Pemain Sabah perlu ubah sikap, banyak perlu diperbaiki - Kim Swee

#sukan #sabahfc #ongkimswee #pialafa #klcityfc #bolasepak

Menang besar, Solari 'tabik' pemain JDT

#sukan #bolasepak #jdt #solari #ligasuper

Misi wajib menang, Sabah guna aura Likas

#sukan #sabahfc #bolasepak #pialafa #ligasuper

Selangor guna tonik khas, akui skuad Jang sukar dijinakkan

#sukan #bolasepak #negerisembilan #selangorfc #ligasuper

Kami ada kemampuan, tapi gagal laksanakan - Salah

#sukan #salah #liverpool #manchesterunited

Sukan

FAM tidak pilih kasih

Published: Apr 20, 2023 6:30 pm . Updated:3:07 am

KUALA LUMPUR 20 April - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan terlepas daripada hukuman susulan tindakan penyokong Harimau Selatan membakar suar di dalam Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

 

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan semua pasukan mendapat 'layanan' sama rata dengan badan induk itu tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih.

 

"Itu hanya spekulasi dan tidak benar (menuduh FAM beri keistimewaan kepada JDT). Jawatankuasa Tatatertib FAM layan semua kelab sama rata.

 

"Mereka akan lihat kes demi kes dan jawatankuasa yang akan memutuskan bentuk hukuman kepada mereka kelak," katanya ketika ditemui media pada majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Bolabros Global Events Sdn Bhd (Bolabros) dan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) semalam.

 

Terdahulu, penyokong skuad Harimau Selatan didapati membakar suar sebanyak tiga kali selepas perlawanan sekali gus melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

 

Namun, netizen menimbulkan persoalan selepas pasukan itu belum dikenakan sebarang tindakan sekali gus mendakwa JDT menerima keistimewaan daripada FAM.

 

Pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kesilapan terbabit namun meminta FAM supaya dapat bertimbang rasa dan mengurangkan denda yang bakal dikenakan.

 

Dalam perkembangan sama, Firdaus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM turut menjelaskan sebarang bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada JDT ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

 

"Pembakaran suar tertakluk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM dan hukuman terhadap kesalahan terbabit masih lagi berkuat kuasa," katanya.