Most Read
UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
#pt3 #kpm #upsrLelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Am
Published: May 9, 2023 4:24 pm . Updated:10:25 am
Pemandu wanita yang diserang sawan melanggar 7 kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, Pontian, Johor, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi, tujuh kenderaan iaitu lima motosikal dan dua kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi berkenaan mengalami kerosakan.
Katanya, pejalan kaki wanita yang dilanggar cedera di leher manakala wanita yang melanggar tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Hasil siasatan awal, pemandu wanita berusia 25 tahun memandu Toyota Vios diserang sawan ketika sedang memandu dari arah Pekan Nanas ke Johor Bahru dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, " katanya.
Mohammad Shofee berkata, pejalan kaki wanita mengalami kecederaan dileher dan dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan.
"Keadaan jalan lurus dan lokasi kejadian berdekatan rumah kedai. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Xklusif