Most Read
Kalau Vida nak Kelantan FC, saya pun suka - Zamsaham
#trw #vida #zamsaham'Mungkin Taufik tak gembira sebab tak dapat anugerah' - Chong Wei
#sukan #badminton #bwf'Defender' Kedah kawal ketat Baddrol, Tae-su
#sukan #bolasepak #kedah #sabah #ligasuperMana boleh sekat gaji, kena bayar ikut kontrak - FAM
#sukan #bolasepak #kelantanfc #bosszam #ligasuper'Gaji sudah masuk, saya nak menang'- Zamsaham
Pemain Sabah perlu ubah sikap, banyak perlu diperbaiki - Kim Swee
#sukan #sabahfc #ongkimswee #pialafa #klcityfc #bolasepakMenang besar, Solari 'tabik' pemain JDT
#sukan #bolasepak #jdt #solari #ligasuperMisi wajib menang, Sabah guna aura Likas
#sukan #sabahfc #bolasepak #pialafa #ligasuperSelangor guna tonik khas, akui skuad Jang sukar dijinakkan
#sukan #bolasepak #negerisembilan #selangorfc #ligasuperKami ada kemampuan, tapi gagal laksanakan - Salah
#sukan #salah #liverpool #manchesterunitedSukan
Published: May 11, 2023 11:52 am . Updated:8:42 am
KUALA LUMPUR 11 Mei – Ketegasan pemilik kelab Liga Malaysia (Liga-M), Kelantan FC, Norizam Tukiman yang hanya akan membayar gaji penuh pemain-pemain The Red Warriors (TRW) sekiranya meraih kemenangan mengundang reaksi tidak puas hati dalam kalangan warganet.
Ini berikutan Norizam mengulangi pendiriannya hanya akan membayar tunggakan itu sekiranya kelab yang berada di kedudukan ke-13 Liga Super tersebut meraih dua kemenangan dalam perlawanan seterusnya.
Warganet yang mengikuti perkembangan bola sepak negara menyifatkan tindakan Norizam sebagai penganiayaan kepada pemain yang memberikan aksi terbaik namun masih bergantung kepada adat permainan ada yang kalah dan menang.
Malah, wujud juga pertikaian mengenai penyediaan fasiliti yang memerlukan perhatian supaya pasukan TRW dapat berlatih dengan lebih baik.
Rata-rata warganet juga membandingkan fasiliti yang disediakan bagi pasukan JDT dan kelab luar yang jauh lebih baik dan tidak hairan sekiranya pasukan itu sering memenangi perlawanan.
“Patutlah ramai pemain senior tak ke Kelantan Fc. Jawapan sudah ada cuma noktahnya tidak tahu nak letak kat mana. Kontrak seperti ini dipakai diluar negara dan ia tidak sesuai bila dilihat fasiliti yang TRW ada. Berbanding dengan apa yang dibuat dan dimiliki oleh JDT. Belajar meniru boleh tapi anda tidak mampu menunjuk jari dan semua orang akan ikut,” kata Mohd Armin Amiruddin.
“Memang bagus buat cara macam ni tapi kena lah faham ni pasukan Kelantan bukan JDT yang serba lengkap. Jangan hilang kan mood pemain,” kata Afin Mohd.
“Serius lah boss. Mereka pun ada keluarga nak disara. Ini bukan Real Madrid akan sentiasa menang,” kata Hafizi Samangin.
“Adat permainan kena ambil kira juga. Kalau dah cuba sehabis baik pun, tapi tiada rezeki untuk menang macam mana? Perlu lihat dari segi prestasi dan skil juga. Banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan satu pasukan itu kalah atau menang juga. Tak boleh kira nak menang saja,” kata Ansari Abdullah.
Terdahulu, Norizam menjelaskan mengenai gaji penuh pemain TRW yang dipotong 50 peratus berikutan prestasi yang dipamerkan tidak memuaskan.
“Pasal pemain kena potong 50 peratus dan tak dapat KPI. 10 kali kalah, satu kemenangan dan satu seri. Nombor 13 dalam liga. Nak KPI penuh? Nak gaji penuh?
“Berikan saya dua kemenangan dan 50 peratus yang ditahan akan dibayar penuh. Anda ada komitmen dan saya juga ada komitmen. Berikan saya prestasi.
“Pekerja yang baik kita akan kekalkan. Mana prestasi buruk kita buang. Dalam saham dipanggil cutloss atau tukar kepada lain yang lebih baik,” tulisnya, yang juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemain-pemain yang gagal mempamerkan prestasi terbaik bersama TRW, dalam satu hantaran dalam Facebooknya pada Rabu.
Sebelum ini, terdapat rungutan dipercayai pemain-pemain TRW di media sosial yang mendakwa tidak dibayar gaji penuh dan juga bonus petunjuk prestasi utama (KPI) setakat ini.
Sebagai rekod, Kelantan akan ke Stadium Darul Aman, Alor Setar menentang Kedah Darul Aman FC pada 19 Mei.
Kemudian anak buah Frank Bernhardt itu dijangka menerima kunjungan PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 23 Mei. - Xklusif