Most Read

Dr M sedia kembali bersama Muhyiddin

#mahathir #muhyiddin #kerjasama

Pelantikan Lokman Adam 'luar tabie'

#politik #lokmanadam #anwar

KJ saman Jamal RM1 juta

#kj #jamal #saman

Ahmad Zahid hairan kenapa Muhyiddin nak saman dirinya

#politik #muhyiddinyassin #umno #ahmadzahid #anwaribrahim

Dana judi: Muhyiddin mahu permohonan maaf, tindakan saman

#politik #perikatannasional #judi #muhyiddinyassin

Dakwa PN terima dana syarikat judi, PAS mahu PM minta maaf

#politik #PAS #perdanamenteri #PMX #Anwaribrahim

Sokong Bersatu kalau pegang perjuangan UMNO

#politik #umno #faizalazumu #bersatu #xklusif

Politik

Annuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO sah sertai Pas, KJ minat masuk Bersatu

Published: May 19, 2023 9:16 am . Updated:1:54 am

KUALA KUMPUR 19 Mei - Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai parti Pas.

 

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menunjukkan minat untuk menyertai parti Bersatu.

 

Katanya, satu pengumuman penerimaan keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka akan dibuat penghujung bulan ini.

 

"Saya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk membuat pengumuman sahaja. Insya-ALLAH akhir bulan ini.

 

"Saya boleh mengesahkan Tan Sri Annuar Musa sudah isi borang untuk menyertai Pas, dan kita akan buat pengumuman dalam waktu terdekat dan bersama rakan-rakan lain dalam UMNO," katanya.

 

Takiyuddin turut memaklumkan kesemua bekas pimpinan UMNO terbabit akan turut dipertimbangkan untuk diberikan tempat sekiranya mereka menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

 

Mengulas mengenai isu kalimah ALLAH, beliau yang juga ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional, PN akan membawa usul berkenaan di persidangan Parlimen akan datang.

 

Katanya, isu melibatkan kalimah ALLAH sepatutnya dibawakan ke Mahkamah Syariah kerana isu berkenaan bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

 

Pas dan PN katanya terkejut serta berpandangan tindakan menarik rayuan oleh Kerajaan Perpaduan itu adalah tidak wajar.

 

Ahad lalu, media melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'ALLAH' dan tiga perkataan Arab yang lain- 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'solat' dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

 

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan agama berkenaan.

 

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu. - Awani