Dunia

(VIDEO) Dua beranak nyaris maut dibaham buaya ketika cuci pakaian di sungai

Published: May 19, 2023 10:29 am . Updated:4:33 pm

KUALA LUMPUR 19 Mei - Dua beranak beranak yang sedang asyik mencuci pakain di tebing sungai nyaris maut apabila diterkam buat di Sungai Merbau, Desa Tubiran, Kecamatan Merbau, Kabupaten Labuhanbatu Utara, Indonesia, semalam. 

 

Wanita dikenali sebagai Raminten, 38 dan anak perempuannya Kaisyah Cinta Natasyah, 9, nyaris maut dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu. 

 

Difahamkan, ibu dan anak itu mengalami luka di kaki akibat digigit haiwan reptilia itu.

 

Malah, dua beranak itu berdepan detik cemas apabila diseret ke sungai sejauh 10 meter oleh buaya berkenaan yang berusaha memakan mereka.

 

Polis Merbau, Jhony Pasaribu berkata, kejadian ini bermula ketika ibu dan anak sedang mencuci pakaian di sungai berkenaan sebelum kanak-kanak itu menjerit kerana kakinya digigit dan diseret buaya.

 

Kemudiannya, ibu kanak-kanak itu terus bertindak menolong sambil berteriak meminta tolong. 

 

 

View this post on Instagram

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

 

Namun, ketika berusaha menyelamatkan anaknya itu, wanita berkenaa turut digigit dan diseret buaya yang sama.

 

"Ketika mencuci pakaian, kaki si anak digigit buaya dan si ibu menolong. Mereka terseret 10 meter ke sampan, diseret buaya," kata Jhony. 

 

Polis menjelaskan, ketika kejadian berkenaan penduduk sekitar terdengar teriakkan Raminten berkenaan dan bergegas menolong hingga berjaya menarik wanita itu ke darat. 

 

Selepas diselamatkan, kedua-dua mangsa terus dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

 

Raminten dilaporkan mengalami luka di kaki kirinya akibat gigitan buaya berkenaan. 

 

Selepas kejadian berkenaan, pihak polis dan penduduk kampung bersepakat menangkap buaya itu di sungai.

 

Kira-kira jam 12 tengah hari, buaya itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak perhilitan. - Agensi