Dunia

Lama sangat pakai pelitup muka dek Covid-19, rakyat Jepun masuk kelas senyum

Published: May 22, 2023 12:28 pm . Updated:10:25 am

KUALA LUMPUR 22 Mei – Rakyat Jepun sanggup membayar pakar untuk mengajar mereka untuk tersenyum kembali selepas menghabiskan tiga tahun menyembunyikan wajah mereka di sebalik pelitup muka semasa pandemik Covid.

 

Jepun baru sahaja mengisytiharkan penamatan sekatan wabak, menghapuskan baki kawalan sempadan minggu lalu dan menamatkan sekatan memakai pelitup muka Mac lalu.

 

Walaupun ramai yang masih memilih untuk memakai pelitup muka di luar, namun ada pula yang bimbang sehingga terlupa cara untuk tersenyum disebabkan mereka sudah terlalu lama memakai pelitup muka.

 

Malah, ada bimbang bahawa senyuman mereka kini tidak akan kelihatan ikhlas, manakala yang lain khuatir menunjukkan kepada dunia bahagian bawah muka mereka semula.

 

Untuk membantu mereka bersinar semula, ramai yang beralih kepada pakar untuk mencari semula ekspresi ceria mereka.

 

Menurut Japan Times, Pakar Senyum, Miho Kitano berkata, beliau pernah mendengar daripada rakyat negara itu mereka tidak tahu bagaimana untuk tersenyum kembali.

 

“Ada yang mengatakan mereka tidak mahu menunjukkan bahagian bawah muka mereka, atau bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk tersenyum lagi.

 

'Ada yang mengatakan bahawa mereka melihat lebih banyak kedutan di sekeliling mata mereka selepas menggunakannya lebih banyak untuk tersenyum, atau mereka berasa seperti muka mereka terkulai kerana mereka tidak banyak menggunakannya sebelum ini,” katanya.

 

Kitano berkata, syarikatnya Smile Facial Muscle Association menyaksikan perniagaannya meroket dengan orang ramai yang ingin menemui semula keceriaan pra-pandemik mereka.

 

“Pakar Senyum memberikan pelajarnya latihan untuk membantu mereka dengan senyuman. Anak-anak muridnya diberi penyedut minuman untuk digigit dengan tujuan ia menaikkan otot pipi mereka untuk membantu menampakkan gigi mereka.

 

'Saya bertemu ramai orang yang mengatakan mereka tidak pandai tersenyum, tetapi ini semua tentang otot, dan kita perlu menggunakan dan melatih mereka untuk menjadi mahir,” katanyanya.

 

Penduduk Jepun sangat mematuhi dasar topeng semasa pandemik. Kadar jangkitan dan kematian jauh lebih rendah di negara ini berbanding di negara Barat.

 

Penutup muka kini menjadi pilihan di Jepun berikutan berakhirnya peraturan rasmi awal tahun ini.

 

Dengan berakhirnya sekatan Covid di Jepun juga bermakna mereka yang dijangkiti virus tidak lagi perlu dikuarantin.

 

Dia berkata, syarikatnya kini telah mengajar 4,000 rakyat Jepun bagaimana untuk tersenyum semula.