Most Read
UMNO sudah rosak, tiada harapan menang PRN
Muhyiddin nak duit Tun M sahaja - Puad
Dr M sedia kembali bersama Muhyiddin
#mahathir #muhyiddin #kerjasamaPelantikan Lokman Adam 'luar tabie'
KJ saman Jamal RM1 juta
#kj #jamal #samanAhmad Zahid hairan kenapa Muhyiddin nak saman dirinya
#politik #muhyiddinyassin #umno #ahmadzahid #anwaribrahimDana judi: Muhyiddin mahu permohonan maaf, tindakan saman
#politik #perikatannasional #judi #muhyiddinyassinDakwa PN terima dana syarikat judi, PAS mahu PM minta maaf
Sokong Bersatu kalau pegang perjuangan UMNO
#politik #umno #faizalazumu #bersatu #xklusifKJ bakal umum keputusan masuk BERSATU atau tidak
#kj #bersatu #prnPolitik
Published: May 22, 2023 12:49 pm . Updated:10:25 am
KUALA LUMPUR 22 Mei – MCA menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung seruannya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya turut menyokong Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam mana-mana pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menyifatkan, kenyataan itu seolah-olah menunjukkan BN hanya mementingkan pihak lain ketika ini.
“Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan PH.
“Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP,” katanya dalam kenyataan.
Sebaliknya, kata beliau, kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.
“Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh parti MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya Presiden MCA sendiri, bukannya pihak lain,” katanya.