Most Read
Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye, PM ucap tahniah
(VIDEO) Singa datang buat ‘spot check’ di tapak perkhemahan bikin cemas
(VIDEO) Penumpang 'tak sabar', buka pintu pesawat semasa mendarat
#pesawat #korea #pintu(VIDEO) Bangunan 7 tingkat ranap dalam kebakaran di Sydney
#sydney #kebakaran #duniaTina Turner meninggal dunia
#tinaturner #meninggaldunia #rockRemaja maut selepas cuba cabaran Chroming
#chroming #tiktok #cabaranLama sangat pakai pelitup muka dek Covid-19, rakyat Jepun masuk kelas senyum
(VIDEO) Dua beranak nyaris maut dibaham buaya ketika cuci pakaian di sungai
Isteri ‘prank’ main kayu tiga berakhir tragedi
#prank #thailand #mautDunia
Published: May 24, 2023 2:32 pm . Updated:12:05 am
KUALA LUMPUR 24 Mei - Gara-gara pihak sekolah merampas telefon bimbit milik seorang pelajar perempuan, 19 kanak-kanak menjadi mangsa korban dalam tragedi kebakaran sebuah asrama di Guyana, Amerika Selatan, semalam.
Polis tempatan dalam kenyataannya berkata, seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran berlaku apabila telefon bimbitnya dirampas oleh ibu pengasuh dan seorang guru asrama.
Memetik laporan Reuters, Datuk Bandar Mahdia, David Adams mengesahkan pelajar perempuan itu tidak mengalami kecederaan di dalam kejadian tersebut.
Beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada pelajar itu ditahan dan kenyataan polis tidak menyebut mengenai sebarang penangkapan.
Dalam pada itu, beberapa pelajar memberitahu penyiasat bahawa mereka terjaga apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.
Ahli patologi kerajaan yang melakukan bedah siasat post-mortem ke atas enam mayat menyenaraikan sebab kematian mereka sebagai keracunan asap dan luka terbakar.
Tiga belas mayat telah dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA dan hampir 30 kanak-kanak lain dirawat di hospital.
Menteri Pendidikan Priya Manickchand sebelum ini enggan membincangkan penglibatan pelajar tersebut.
Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa asrama itu tidak dilengkapi dengan sistem amaran kebakaran moden dan pelajar tidak dilatih dalam latihan kebakaran, Manickchand berkata bahawa kejadian masih dalam siasatan.
Presiden Irfaan Ali turut bertemu beberapa ibu bapa kanak-kanak mangsa selepas melawat hospital Mahdia dan mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung kebangsaan.