Most Read
Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye, PM ucap tahniah
(VIDEO) Singa datang buat ‘spot check’ di tapak perkhemahan bikin cemas
(VIDEO) Penumpang 'tak sabar', buka pintu pesawat semasa mendarat
#pesawat #korea #pintu(VIDEO) Bangunan 7 tingkat ranap dalam kebakaran di Sydney
#sydney #kebakaran #duniaRemaja maut selepas cuba cabaran Chroming
#chroming #tiktok #cabaranDendam telefon bimbit dirampas, pelajar bakar asrama
Lama sangat pakai pelitup muka dek Covid-19, rakyat Jepun masuk kelas senyum
(VIDEO) Dua beranak nyaris maut dibaham buaya ketika cuci pakaian di sungai
Isteri ‘prank’ main kayu tiga berakhir tragedi
#prank #thailand #mautDunia
Published: May 25, 2023 10:03 am . Updated:2:13 pm
KUALA LUMPUR 25 Mei - Legenda rock Tina Turner, penyanyi yang menggegarkan penonton dari 1960-an dan terus mengeluarkan lagu hit sepanjang lima dekad, meninggal dunia pada usia 83 tahun, satu kenyataan diumumkan hari ini.
"Dengan rasa sedih yang besar kami mengumumkan pemergian Tina Turner," menurut kenyataan di laman Instagram rasmi pemenang Grammy lapan kali itu.
Kenyataan sama berkata: "Dengan muziknya dan semangatnya yang tidak terhingga untuk hidup, dia memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa depan.
"Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi yang meninggalkan kami semua karya terbaiknya, muziknya...
"Tina, kami akan merindui awak sayang."
Laporan media berkata penyanyi itu meninggal dunia di Switzerland tempat dia tinggal beberapa tahun kebelakangan ini.