Most Read
Lelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Adakah Anwar ketinggalan zaman?
Am
Published: May 25, 2023 11:58 am . Updated:2:12 pm
KUALA LUMPUR 25 Mei – Sudah menjadi lumrah pekerjaan yang membabitkan pelanggan pasti akan berdepan dengan pelbagai kerenah.
Semalam, tular sebuah video seorang pemandu e-hailing mendakwa dia ditengking dan dihina oleh penumpang warga Bangladesh semasa dalam perjalanan ke destinasi, kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu.
“Dapat satu Bangla ni, tambang (ke destinasi) RM70 lebih. Lagi 10 minit nak sampai, dia baru beritahu yang dia tak cukup duit RM20. Kemudian dia minta kurang, sembang-sembang nak transfer esok,” kata pemandu berkenaan.
Sebelum itu, pemandu berkenaan turut mendakwa lelaki terbabit memaksanya memandu dalam kelajuan 130 km/j.
Tidak mengendahkannya permintaan penumpang berkenaan, pemandu itu diarah untuk duduk di bahagian penumpang.
“Masa tengah memandu, dia paksa-paksa saya untuk drive dalam kelajuan 130 km/j. Dia pula ajar saya memandu, sampai dia suruh saya ke belakang dan biar dia memandu,” katanya.
Selain itu, pemandu berkenaan mendakwa lelaki Bangladesh berkenaan juga mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman.
“Dia mengeluarkan kata-kata perkauman seperti ‘You lan**** Melayu bawa slow’, ‘Pu***** punya ke***g’. Saya tahu saya hitam, tetapi tak bermakna dia boleh memanggil saya seperti itu.
“Dengan bangga dia sembang dengan saya yang dia dah berkahwin dengan orang Melayu. Saya cari rezeki dari siang sampai malam untuk beri anak isteri makan, tapi dia buat saya macam ni,” katanya uk di belakang dan benarkan dia memandu.
Sebagai pemandu e-hailing yang terikat dengan undang-undang, sudah pasti permintaan sedemikian tidak boleh diterima.
Berdasarkan video tular itu, kedengaran pengadu juga bengang dan mahu membawa lelaki Bangladesh itu ke balai untuk menyelesaikan masalah itu.
“Kita pergi balai sebab you banyak bikin saya susah tau. You hutang saya RM20, you maki-maki saya lagi. You jangan main gila sama saya! Police station mari! Saya tarak takut punya tau. You dari Bangladesh, kasi hormat sama orang Malaysia!” tegasnya.
Video berkenaan yang berlegar di laman sosial turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang turut berang dengan lelaki warga Bangladesh itu yang bersikap biadap dan kurang ajar.
“Biadap punya Bangla. Datang Malaysia buat hal. Kau ingat kau kahwin dengan orang Malaysia boleh dapat lesen besar ke nak kurang ajar?,” kata Nursamsuri Salleh.
“Driver tu dah la penat, hari pun dah malam. Nak cari rezeki untuk keluarga, dapat penumpang biadap macam ni memang mendapatlah. Kau nak pergi mana sampai suruh pandu laju-laju tu,” kata Aryan Mustafa.
“Kalau dapat driver yang baran, memang lunyai Bangla ni. Nasib baik driver ni ugut pergi balai polis. Kalau Bangla tu yang pegang stereng kereta tak tahu la apa nasib dorang berdua. Jangan diberi muka!,” kata Nur Zulaikha Zul.