Most Read

Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi

#am #reformasi #aktapendanaanpolitik #anwaribrahim

Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'

#politik #khairyjamaluddin #hishammuddin

Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu

#am #kemalangan #maut #sarawak

Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja

#am #tunmahathir #polis #politik

Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam

#am #anwaribrahim #shahalam #lori #13tahun

Adakah Anwar ketinggalan zaman?

#am #anwaribrahim #tandas #sekolah #murid

Am

Pegawai SPRM, Datuk Roy didakwa rasuah RM640,000 berkaitan siasatan anak Muhyiddin

Published: May 25, 2023 2:55 pm . Updated:4:19 pm

KUALA LUMPUR 25 Mei - Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 sebagai dorongan supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.

 

Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan 'Datuk Roy' atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

 

Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan SPRM.

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam, 5 Mac lalu.

 

Tertuduh itu akan didakwa di mahkamah sesyen berasingan atas satu lagi pertuduhan.

 

Pada 20 Mac lalu, 'Datuk Roy' yang direman bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa, dilepaskan dengan jaminan SPRM.

 

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan lelaki itu dilepaskan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

 

'Datuk Roy' ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang, 13 Mac lalu.