Most Read
Lelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Adakah Anwar ketinggalan zaman?
Am
Published: May 25, 2023 3:52 pm . Updated:11:07 am
KUALA LUMPUR 25 Mei – Semalam negara digemparkan dengan kes pembunuhan tragis membabitkan seorang wanita mengandung empat bulan yang dilakukan oleh suspek berusia 21 tahun yang juga teman lelaki mangsa.
Dalam masa sama, menerusi platform media sosial Tik Tok seorang wanita tampil mengakui bahawa suspek adalah teman lelakinya dan meminta orang ramai tidak melemparkan komen keterlaluan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman.
“Salam semua, saya bukan tunang dia. Saya hanyalah teman wanita dia (suspek). Walau betul sekalipun dia bersalah (atas tuduhan membunuh), biarlah dia terima hukuman. Nak tak nak, kita kena telan juga.
“Biarkan apa yang terjadi ini, jadikan sebagai pengajaran dan ambil iktibar untuk semua perempuan di luar sana.
“Untuk Aiman, terima kasih ya. Aku dah maafkan semuanya,” katanya pada kapsyen video
Bukan itu saja, video itu turut dikomen oleh ibu wanita berkenaan, “Keep strong sayang, kita tak tahu apa yang terjadi. Memang si pelaku ni baik, lembut orangnya tapi kita tak dapat jangka. Apa yang terjadi, jadikan pengajaran.
“Kami satu family terkilan dan kami maafkan kesemuanya. Apa yang si pelaku buat, dia harus tanggung,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan dua beranak itu mengundang kecaman dan kemarahan netizen yang menganggap mereka tidak sensitif dengan kejadiaan menimpa mangsa yang diperlakukan dengan begitu kejam apabila dia bukan saja dipukul ia malah dibunuh dengan perut ditoreh untuk mengeluarkan janin daripada hasil persetubuhan luar nikah.
Mayat mangsa kemudiannya di bakar sebanyak dua kali semata-mata mahu menyembunyikan hakikat bahawa mangsa hamil empat bulan.
“Apa dalam fikiran perempuan ni? Kalau aku, lagi la tak nak orang tahu aku ada kaitan dengan penjenayah. Takde masa nak back up ke apa ke. Satu keluarga tak betul,” kata Jannah Sanusi.
“Peduli apa kau tunang ke, kau girlfriend dia ke. Yang aku tahu satu Malaysia nak ganyang jantan tak guna tu. Jangan tiba-tiba kat mahkamah nanti menyamar jadi orang gila pula,” kata Iskandar Arif.
“Ni bukan masanya kau nak tunjuk baik. Kau boleh nak backup dia pulak. Nyawa orang dah melayang, anak dikandung dikorek macam tu je, kau boleh nak up content macam ni,” kata Alana Majid.
“Kau lapar perhatian ke nak buat content macam ni? Ni semua dah melibatkan nyawa orang. Bukan hal kecil-kecil. Tolong la sedar sikit. Tak kena dekat keluarga kau, boleh la sembang,” kata Nuradilah Mansor.
Tinjauan Xklusif di laman TikTok gadis berkenaan mendapati ruangan komen sudah pun ditutup selain gambar dan video lain turut diturunkan.