Most Read

Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi

#am #reformasi #aktapendanaanpolitik #anwaribrahim

Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'

#politik #khairyjamaluddin #hishammuddin

Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu

#am #kemalangan #maut #sarawak

Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja

#am #tunmahathir #polis #politik

Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam

#am #anwaribrahim #shahalam #lori #13tahun

Adakah Anwar ketinggalan zaman?

#am #anwaribrahim #tandas #sekolah #murid

Am

Pemandu treler maut tersepit bawah kenderaan

Published: May 26, 2023 8:35 am . Updated:12:03 am

KUALA LUMPUR 26 Mei - Lelaki maut akibat tersepit selepas treler dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, hari ini.

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.41 pagi.

 

"Sepasukan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

"Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan terdapat sebuah treler terbabas dan melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah sebelum terbalik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

 

Hafisham berkata, kemalangan menyebabkan pemandu treler terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun tersepit di bahagian bawah kenderaan terbabit.

 

"Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

 

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. — Xklusif