Most Read

Dr M sedia kembali bersama Muhyiddin

#mahathir #muhyiddin #kerjasama

Pelantikan Lokman Adam 'luar tabie'

#politik #lokmanadam #anwar

KJ saman Jamal RM1 juta

#kj #jamal #saman

Ahmad Zahid hairan kenapa Muhyiddin nak saman dirinya

#politik #muhyiddinyassin #umno #ahmadzahid #anwaribrahim

Dana judi: Muhyiddin mahu permohonan maaf, tindakan saman

#politik #perikatannasional #judi #muhyiddinyassin

Dakwa PN terima dana syarikat judi, PAS mahu PM minta maaf

#politik #PAS #perdanamenteri #PMX #Anwaribrahim

Politik

Sokong Bersatu kalau pegang perjuangan UMNO

Published: May 26, 2023 10:23 am . Updated:5:33 pm

KUALA LUMPUR 26 Mei - Ahmad Faizal Azumu menyeru ahli UMNO dan penyokong parti itu menyertai Bersatu sekiranya mereka masih berpegang kepada perjuangan UMNO untuk agama, bangsa, dan tanah air.

 

Timbalan presiden Bersatu itu mendakwa perbuatan UMNO telah ‘lari’ daripada perjuangan asal parti itu, dengan mengambil contoh pemimpin parti itu yang disabitkan di mahkamah.

 

“Apa yang Bersatu bawa sebenarnya tidak lari jauh daripada perjuangan UMNO asal untuk meningkatkan syiar Islam, mendaulatkan raja-raja, menjaga Bahasa Melayu, menjaga kepentingan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera yang mempunyai hak-hak istimewa.

 

“Ini perkara-perkara yang kita pegang dengan sepenuh hati. Berbeza dengan apa yang UMNO lalui, di mana mereka menyebut tentang perjuangan agama, bangsa, dan tanah air, tetapi perbuatan berbeza apabila jelas mempertahankan pemimpin yang terbukti korup.

 

“Jadi memang tidak ada pilihan lain bagi ahli atau penyokong UMNO. Kalau masih berpegang pada perjuangan tersebut, Bersatu tempatnya,” katanya.

 

Faizal akui beberapa pemimpin Bersatu seperti Presiden Muhyiddin Yassin turut menghadapi tuduhan rasuah, namun bertegas kesnya tidak serupa.

 

Menurut beliau, dalam kes Muhyiddin, wang yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dimasukkan ke dalam akaun parti; sebaliknya dana dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin UMNO yang didakwa.

 

Bekas Ahli Parlimen Tambun itu berkata yang lebih penting sama ada parti Melayu-Islam seperti UMNO dan Bersatu masih membawa perjuangan asal.

 

“Bersatu bersama rakan-rakan dalam komponen Perikatan Nasional, kami wadah perjuangan rakyat.”

 

Sementara itu, Faizal memuji langkah Dr Mahathir Mohamad mengetengahkan Proklamasi Orang Melayu, kerana ia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu untuk kepentingan komuniti itu, dan bukannya mana-mana parti.

 

Beliau berkata usaha itu jauh lebih bermakna berbanding kembali menjadi ahli Bersatu, parti yang Mahathir asaskan pada 2016.

 

“Pada masa yang sama, Mahathir sebagai tokoh terulung sangat dialu-alukan untuk bersama Bersatu,” katanya. — FMT