Most Read
Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye, PM ucap tahniah
(VIDEO) Singa datang buat ‘spot check’ di tapak perkhemahan bikin cemas
(VIDEO) Penumpang 'tak sabar', buka pintu pesawat semasa mendarat
#pesawat #korea #pintuTina Turner meninggal dunia
#tinaturner #meninggaldunia #rockRemaja maut selepas cuba cabaran Chroming
#chroming #tiktok #cabaranDendam telefon bimbit dirampas, pelajar bakar asrama
Lama sangat pakai pelitup muka dek Covid-19, rakyat Jepun masuk kelas senyum
(VIDEO) Dua beranak nyaris maut dibaham buaya ketika cuci pakaian di sungai
Isteri ‘prank’ main kayu tiga berakhir tragedi
#prank #thailand #mautDunia
Published: May 26, 2023 10:37 am . Updated:6:47 pm
KUALA LUMPUR 26 Mei – Sekurang-kurangnya 50 penduduk terpaksa dipindahkan dalam kejadian kebakaran besar di sebuah bangunan tujuh tingkat di pinggir bandar Surry Hill di tengah Sydney, Australia pada petang semalam.
Menurut laporan Xinhua, kesemua penduduk terbabit selepas bangunan berkenaan ranap di Randle Street berhampiran Stesen Sentral.
Bomba dan Penyelamat New South Wales berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.
Lebih 100 anggota bomba dan 20 trak bomba sedang berusaha untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.
Kebakaran itu turut menyebabkan bangunan itu runtuh dan api merebak ke beberapa bangunan berdekatan termasuk pangsapuri.
Sekurang-kurangnya sebuah kenderaan di kawasan itu musnah dalam kebakaran tersebut.
Kebakaran bermula di aras tiga bangunan itu, lapor ABC News memetik kenyataan Penguasa Bomba dan Penyelamat NSW Adam Dewberry.
Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan berikutan penutupan jalan-jalan utama di sekitar Randle Street dan perkhidmatan rel aliran ringan juga tergendala. - Agensi