Most Read
Lelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Adakah Anwar ketinggalan zaman?
Am
Published: May 26, 2023 1:33 pm . Updated:9:10 pm
KUALA LUMPUR 26 Mei - Imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru, Nur Nikman Yusof meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi Kampung Abdullah, Segamat, Johor, malam kelmarin.
Allahyarham yang juga bekas Imam Masjid Bandar Labis, dekat sini dikatakan tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.
Rakannya, Mohamad Abdullah, 49, menyifatkan arwah seorang imam yang berdedikasi menjalankan tugas serta amanahnya.
"Lewat malam tadi, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan imam yang sama pernah berkhidmat di Masjid Bandar Labis, Ustaz Nur Nikman meninggal dunia.
"Dia rebah selepas bermain badminton dan disahkan meninggal dunia," katanya yang pernah bertugas bersama Nur Nikman ketika ditemui di Labis pada Khamis.
Mohamad berkata, Allahyarham berasal dari Pokok Sena, Kedah dan terkenal dengan usaha menjadikan Masjid Bandar Labis pusat aktiviti pengajian Islam dan al-Quran.
Tambahnya, di Masjid Bandar Labis, Allahyarham mengajar jemaah membaca al-Quran, tajwid dan taranum.
Katanya, sepanjang bersama Allahyarham disenangi masyarakat setempat dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan al-Quran.
"Arwah dimaklumkan pulang ke kediaman isterinya di Felda Tenang, Labis dan sempat bermain badminton," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.15 malam.
"Semasa tiba di lokasi, pihak polis mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan itu terbaring di lantai," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, seorang pemain yang berada di lokasi kemudiannya menghubungi paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS).
"Pemeriksaan petugas ambulans yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Pokok Sena, dari Masjid Bandar Labis kira-kira jam 4 petang Rabu. - Sinar Harian