Most Read

Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi

#am #reformasi #aktapendanaanpolitik #anwaribrahim

Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'

#politik #khairyjamaluddin #hishammuddin

Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu

#am #kemalangan #maut #sarawak

Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja

#am #tunmahathir #polis #politik

Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam

#am #anwaribrahim #shahalam #lori #13tahun

Adakah Anwar ketinggalan zaman?

#am #anwaribrahim #tandas #sekolah #murid

Am

Tinggal 3 hari lagi misi SAR Hawari

Published: May 26, 2023 1:52 pm . Updated:6:45 am

KUALA LUMPUR 26 Mei - Hanya berbaki  tiga hari saja lagi sebelum kawasan pergunungan Everest ditutup sepenuhnya kepada semua pendaki bermula Isnin hadapan.

 

Sehingga kini, Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang sejak Jumaat lalu masih dilakukan siang dan malam.

 

Sumber berkata, Kerajaan Nepal akan menanggalkan serta mengeluarkan semua khemah, tali dan tangga menuju ke puncak Everest bermula dari lokasi Base Camp Everest sehingga ke Kem 4.

 

"Jika tiada jejak Muhammad Hawari ditemui sehingga 28 Mei ini (Ahad) maka operasi SAR terhadapnya terpaksa dihentikan.

 

"Jika operasi SAR mahu disambung semula, ia hanya boleh dilakukan pada musim pendakian tahun hadapan di antara bulan April hingga Mei 2024," katanya,

 

Menurutnya, pencarian Muhammad Hawari semalam difokuskan sekitar kem 4 berikutan terdapat kemungkinan mangsa naik semula menuju ke puncak Everest selepas berada di Kem 4 sebelum mengalami kemalangan.

 

"Pihak berkuasa di sebelah bahagian Tibet turut dihubungi bagi membantu mengesan mangsa di kawasan pergunungan Everest di sebelah Tibet.

 

"Kos mencari dan menyelamat mangsa dijangkakan akan terus meningkat setiap hari disebabkan tiada sebarang jejak yang ditemui setakat ini selain kawasan pencarian yang semakin luas," katanya.

 

Difahamkan khidmat lapan malim gunung profesional digunakan setakat ini bagi mengesan mangsa di Kem 2, Kem 3 dan Kem 4 berhampiran pergunungan Everest.

 

Difahamkan Muhammad Hawari sebelum ini berjaya menawan puncak Everest pada Jumaat lalu sebelum didapati hilang ketika berada di Kem 4.

 

Dia disyaki turun ke Kem 3 bersendirian tanpa pengetahuan pihak operator sebelum kehilangannya disedari malim gunung yang memaklumkan kehilangannya.

 

Kelmarin kerajaan melalui Kementerian Belua dan Sukan menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi SAR Muhammad Hawari.

 

Ketua Setiausaha KBS Dr Nagulendran Kangayatkarasu berkata, bantuan itu bagi membolehkan operasi SAR pendaki terbabit yang juga OKU pendengaran dipergiatkan.

 

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lagi peserta pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar, 56, meninggal dunia akibag terjatuh ketika mendaki gunung tertinggi di dunia itu. - Harian Metro