Most Read
Lelaki didakwa hantuk kepala isteri tolak hubungan kelamin
#mahkamah #mekanik #isteri(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya
Lewatkan Akta Pendanaan Politik, Anwar lupa agenda reformasi
(VIDEO) Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena budak 4 tahun
Hishammuddin kata UMNO rugi, KJ pesan UMNO akan 'bungkus'
Budak 2 tahun antara 5 maut kemalangan di Sibu
Kit Siang, pemimpin DAP pertama terima gelaran Tan Sri
Jadi siasatan polis, baik Tun M berehat sahaja
Remaja 13 tahun ditahan pandu lori roro di Shah Alam
Adakah Anwar ketinggalan zaman?
Am
Published: May 26, 2023 2:39 pm . Updated:11:45 am
KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang pekerja sebuah pasar raya berdepan detik cemas apavila didatangi lelaki yang memakai baju kurung sebelum melarikan mesin kaunter wang di MJC dekat Batu Kawah, Kuching, Sarawak, semalam.
Lelaki berkenaan yang turut memakai topi keledar mula bertindak ganas apabila pekerja pasar raya itu menyedari tindakannya itu.
Kejadian itu turut dirakam oleh kamera litar televisyen tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
Kejadian itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Borneo Network yang memaparkan seorang lelaki berbaju kurung serta memakai topi keledar penuh datang dari arah luar kedai dan terus menuju ke arah kaunter.
Suspek yang bersenjatakan parang juga turut memakai sarung tangan getah untuk mengelakkan cap jarinya daripada dikesan, seolah-olah sudah biasa melakukan rompakan.
Video berdurasi 42 saat itu turut menunjukkan suspek mengugut salah seorang pekerja pasar raya berkenaan.
Mangsa yang kelihatan panik hanya mampu berdiri mendiamkan diri dan melihat suspek melarikan mesin kaunter wang pasar raya tersebut.
Warganet yang menonton video berkenaan turut berang dengan tindakan perompak berkenaan yang disifatkan malas bekerja dan menyusahkan pihak lain.
"Rasanya merompak lagi susah daripada bekerja makan gaji. Kenapa nak risikokan hidup dan masa depan dengan merompak?" kata Anissa Humairah.
"Yang aku hairan tu kenapa suka sangat pakai baju perempuan nak buat kerja macam ni? Banyak sangat dah tengok. Ingat baju perempuan ni kebal ke?" kata Shahirah Aziz.
"Bekerjalah cari makan dan rezeki yang halal. Merompak tidak akan menjadikan kamu kaya. Ia hanya menjadikan kamu orang yang lebih teruk," kata Muhammad Hafis Sulaiman.