Dewan Rakyat bertafakur sejenak untuk memperingati Daim
Dewan Rakyat bertafakur sejenak sebagai mengenang bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, yang meninggal dunia pagi ini.
Speaker Johari Abdul menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Daim semasa persidangan disambung semula petang ini.
Johari berkata Daim berkhidmat sebagai senator dari tahun 1980 hingga 1982 dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Muda dan Merbok dari 1982 hingga 2003.
“Saya menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam untuk membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham Daim, dan bagi yang beragama lain, saya mohon untuk bertafakur sejenak,” katanya.
Daim meninggal dunia pada jam 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Beliau berusia 86 tahun.
Solat jenazah dijangka diadakan sekitar jam 5 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik lain mengunjungi kediaman Daim di Bukit Tunku untuk memberi penghormatan terakhir.