Berita

Dilarang hisap rokok, vape ke dalam stadium

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Semua premis sukan kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diisytiharkan kawasan larangan merokok dan menghisap vape.

Menterinya Hannah Yeoh berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri pada 3 Nov, selepas mengambil kira Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

“Penggunaan vape dilarang sama sekali,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa.

Sebelum ini, kerajaan mewartakan premis kerajaan sebagai tempat larangan merokok sejak 2004, dan larangan sama turut diwartakan di tempat makan seluruh negara pada 2019.

Hannah berkata, vape atau rokok elektronik diklasifikasikan sebagai barang merbahaya termasuk rokok, pemetik api, dan bank kuasa, yang dilarang dibawa masuk ke dalam venue acara atau stadium.

“Membendung isu vape di stadium dalam kalangan belia, KBS telah mengemukakan pandangan kepada KKM agar perhatian diberikan kepada pelaksanaan penguatkuasaan secara menyeluruh dan bukan berbentuk selektif,” katanya. — FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button