Diskaun istimewa 11 peratus tonton konsert Hrithik Roshan sempena Deepavali
Hrithik Roshan akan bertemu peminat menerusi konsertnya pada 1 Disember depan.

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Bersempena dengan sambungan hari Deepavali pada 11 November depan, tiket untuk menonton konsert Hrithik Roshan, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Disember juga diberi diskaun sebanyak 11 peratus.
Kejutan istimewa itu dimaklumkan penganjur konsert tersebut menerusi satu sesi sidang media yang diadakan pada semalam.
Diskaun sebanyak 11 peratus itu hanya ditawarkan semasa pembelian tiket pada 11 November sebagai tawaran istimewa pada hari Deepavali.

Peminat Bollywood dan Hrithik Roshan khususnya diharap dapat menggunakan peluang tersebut untuk segera membeli tiket sebelum tawaran itu tamat.
Untuk rekod, Hrithik Roshan, pemenang enam kali Filmfare Awards itu yang juga salah seorang aktor dengan bayaran termahal di belantika perfileman India bakal membuat kemunculan di Malaysia.
Hadirnya Hrithik Roshan ke Malaysia selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosong sebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023.
Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini dengan membeli tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.
Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari www.yessbossticket.com atau hubungi talian hotline 011-11546805. — Xklusif