Berita

Diskaun PTPTN bermula esok hingga 31 Mac 2024

Diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tawaran itu akan diberikan mulai esok 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Menurut beliau, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Diskaun sebanyak 10 peratus juga diberikan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Selain itu, sebanyak 15 peratus diskaun akan diberikan bagi bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan itu menyaksikan sebanyak RM393.8 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet yang dinyatakan sebelum ini. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button