Berita

Diskaun tol 50% sempena Raya pada hari Jumaat dan Sabtu

Kerajaan telah mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun tersebut akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Jumaat ini hingga 11.59 malam keesokan harinya.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata inisiatif ini akan melibatkan kos kira-kira RM19.69 juta yang akan dibayar oleh kerajaan sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Diskaun ini hanya terpakai untuk kenderaan persendirian Kelas 1 dan tidak melibatkan kutipan tol di sempadan negara, iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang.

“Diskaun tol ini adalah kesinambungan bantuan tol musim perayaan yang diberikan oleh kerajaan bagi empat musim perayaan utama di Semenanjung Malaysia sejak 2023.

“Kami berharap semua pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan diskaun tol ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang cuti panjang ini,” kata Nanta.

Terdahulu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa semua pengguna telefon mudah alih akan menerima minimum 5GB data percuma pada hari pertama Hari Raya.

Data ini akan tersedia sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk pengguna prabayar dan pascabayar, tertakluk kepada terma dan syarat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mengambil bahagian.

Artikel Berkaitan

Back to top button