Berita

Ibu, anak cedera dipanah petir di Kangar

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang semalam.

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Dua beranak cedera selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, Perlis semalam, ketika cuaca hujan.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa Nor Lelawati Abu Bakar, 39, mengalami trauma, manakala anaknya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, cedera.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Nor Lelawati dikatakan ingin mengambil anaknya dari rumah jiran dan ketika itu hujan.

“Ketika kedua-dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah, terdengar dentuman kuat di langit sebelum kedua-duanya dipanah petir.

“Berikutan kejadian itu, Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan, manakala Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.

“Mangsa ditemui jiran dan kedua-dua beranak itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kejadian masih dalam siasatan. — Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button