Berita

(VIDEO) Dua maut, lori rempuh 12 kenderaan di Putrajaya

Lori berkenaan rempuh kesemua kenderaan terbabit kira-kira jam 10.14 pagi tadi

PUCHONG 20 Sept – Dua lelaki maut selepas sebuah lori treler merempuh beberapa buah kenderaan termasuk sebuah motosikal polis di KM 5.7 jalan persiaran utara menghala ke Puchong di Putrajaya.

Menurut satu rakaman CCTV, kejadian berlaku ketika beberapa kenderaan berhenti untuk memberi laluan kepada polis bermotosikal yang mengiringi satu konvoi.

Ketua Polis Putrajaya Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu lori itu cuba menukar laluan dari lorong tengah ke kiri dan terus merempuh enam kereta, tiga motosikal, sebuah motosikal pengiring polis dan dua lori.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.14 pagi tadi.

Katanya, paramedik mengesahkan dua mangsa maut ditempat kejadian manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu dalam keadaan bahaya atau cuai hingga menyebabkan kematian.

“Pemandu lori itu ditahan untuk siasatan lanjut dan untuk ujian saringan dadah,” katanya.

Sementara itu, pengguna media sosial memberitahu kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk di Presint 12 di Putrajaya dari arah IOI. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button