Berita

Dua maut tercampak dalam longkang di Klang

Lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan

KLANG 22 Dis – Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.23 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry melibatkan tujuh mangsa kesemuanya.

“Dua lelaki yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala lima lagi termasuk seorang bayi dilaporkan cedera,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button