Berita

Dua pelajar tingkatan 2 ditahan buang bayi depan pusat tahfiz

Kedua-dua suspek merupakan pelajar sekolah dan remaja perempuan berusia 14 tahun ini masih dirawat di sebuah hospital

LARUT 8 Jan – Seorang remaja lelaki dan perempuan telah ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes buang seorang bayi perempuan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, kedua-dua suspek merupakan pelajar sekolah dan remaja perempuan berusia 14 tahun ini masih dirawat di sebuah hospital.

Terdahulu, media melaporkan jemaah tahfiz telah menemukan seorang bayi perempuan di hadapan pagar Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit Sungai Nor, Rantau Panjang, Selama pagi kelmarin ketika mahu menunaikan solat subuh.- Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button