Politik

DUN Mahkota milik Syed Hussien, raih mandat besar!

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah rasmi berjaya memperoleh 27,941 undi

Ketua Pemuda Umno Kluang itu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan yang hanya memperoleh 7,332 undi, ketinggalan dengan majoriti 20,609 undi.

Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Mahkota, Wan Azurawati Wahid di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kluang, pada Sabtu.

Sharifah Azizah Syed Zain dari BN memenangi kerusi itu pada PRN Mac 2022, menewaskan calon Pakatan Harapan, PN dan Warisan dengan majoriti 5,166 undi.

Terdapat 66,318 pemilih berdaftar sempena PRK DUN Mahkota.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button