Berita

Dzulkefly, Johari, Gobind kembali ke Kabinet

Ketiga-tiga invidu itu kembali menganggotai Jemaah Menteri dalam rombakan pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA 12 Dis – Tiga bekas menteri Dzulkefly Ahmad, Johari Ghani dan Gobind Singh Deo kembali menganggotai Jemaah Menteri dalam rombakan pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam pengumuman dibuat Anwar, Dzulkefly daripada Amanah mengambil alih portfolio kesihatan daripada Dr Zaliha Mustafa. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu pernah memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.

Johari, Ahli Parlimen Titiwangsa pula dilantik sebagai menteri perladangan dan komoditi yang sebelum ini disandang Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Naib presiden Umno itu pernah memegang jawatan menteri kewangan kedua dari 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Gobind, Ahli Parlimen Damansara dilantik menteri digital iaitu satu kementerian baru pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital.

Berikut adalah senarai yang diumumkan:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Timbalan Menteri Kewangan : Lim Hui Ying

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang

Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadhilah Yusof

Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Mohamad Hassan

Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil

Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching

Menteri Pendidikan Tinggi: Zambry Abdul Kadir

Menteri Digital – Gobind Singh Deo

Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) : Dr Zaliha Mustafa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Armizan Mohd Ali. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button